Lapor Diri Pegawai Farmasi (PRP)


Permulaan

Alhamdulillah. Selamat melapor diri sebagai Pegawai Farmasi Gred U41 pada 1 Julai 2010 yang lepas. Walaupun tanpa surat, kami tahu tarikh melapor diri ini melalui telefon. Sepatutnya, 3 surat akan sampai rumah.

  1. Surat tawaran SPA
  2. Sijil Pendaftaran Bersyarat (Bhgn Perkhidmatan Farmasi)
  3. Surat tawaran KKM

    Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor

Lambat atau Cepat Melapor Diri

Entah kenapa, surat ketiga masih tidak sampai walaupun pada tarikh mula lapor diri. Surat KKM yang akan menyatakan tarikh lapor diri tersebut. Kepada yang tidak menelefon sendiri, mereka tidak akan tahu tarikh mula lapor diri. Lantas, akan terlambat melakukannya pada hari pertama. Walaupun diberi tempoh 30 hari untuk melapor diri, banyak perbezaan yang akan berlaku kepada yang lewat mula bekerja.

Antaranya:

  1. Lambat dapat gaji pertama
  2. Lambat naik pangkat (perbezaan seniority)
  3. Terlepas tunjuk ajar pekerja senior

Namun, semuanya ada kebaikan dan keburukan. Bukankah Allah lebih mengetahui, manakala kamu tidak mengetahui. Tentu sahaja banyak hikmah yang tersembunyi jika kita terlepas melapor diri pada hari pertama. Mungkin, lebih banyak kebaikan kepada yang melapor diri lewat. Apa yang penting, kita perlu selalu berfikiran positif.

Optimistik

Fikiran positif saya teruji semasa mendapat tempat untuk bekerja ini. Saya ditakdirkan untuk berkhidmat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Satu keputusan yang agak sukar. Semuanya berlaku sekelip mata.

Proses Melapor Diri – JKN

Cerita bermula dengan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Terletak di dalam bangunan Wisma Perseketuan, Jalan Air Molek, Johor Bahru. Tak sampai 5 minit mengisi borang ini. Saya dan 3 orang lagi rakan diarahkan menuju ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang terletak dalam Bangunan MSC Cyberport di Jalan Bukit Meldrum.

Proses Melapor Diri – Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kami ditempatkan di dalam satu bilik mesyuarat. Kami diarahkan untuk menunggu lagi sehingga yang lain-lain tiba. Namun, setelah lebih setengah jam, tiada langsung kelibat mereka yang ditunggu. Tak hairanlah. Mungkin mereka hanya menunggu surat. Tidak sampai surat, maknanya tidak tahu tarikh mula lapor diri.

Perbincangan Bermula

Kemudian, perbincangan dibuat oleh “bos” di situ. Mula-mula, kami diberi pilihan seorang satu hospital. Antara pilihan hospital yang diberikan ialah:

  1. Hospital Sultanah Aminah (HSA)
  2. Hospital Sultan Ismail (HSI)
  3. Hospital Batu Pahat (HBP)
  4. Hospital Muar

Rayuan

Namun, kami memohon untuk mendapat satu hospital yang sama bagi kami bertiga lelaki yang ada. “Bos” itu tetap berkeras. Dia mencadangkan ketiga-tiga kami ditempatkan di Hospital Batu Pahat. Kekurangan PRP di sana katanya. Kami tetap berkeras. Kami memberi alasan agar diberi keutamaan kepada kami yang melapor diri awal. Hasilnya, beliau membuat keputusan yang tegas. Tidak boleh diubah untuk menjimatkan masa.

  1. HSA = Hafizah Hamidi
  2. HSI = Azwadi Kamarudin & Syahrir Zaini
  3. HBP = Ali Umar bin Ibrahim

Tak Sempat

Saya tidak sempat untuk menganalisis dengan lebih lanjut pilihan hospital yang ada. Apa yang terlintas dalam fikiran ialah untuk menjimatkan kos. Jika bersama-sama seorang lagi rakan ditempatkan di hospital yang sama, kos sewa rumah tentu dapat dikurangkan. Kongsi bayaran. Namun, barulah saya tersedar sekarang, kos perjalanan pula akan meningkat. HSI ke Bangi lebih jauh daripada Hospital Muar ke Bangi. Itulah yang saya katakan fikiran positif saya teruji.

Masalah

Satu lagi masalah ialah saya tidak dapat membawa PC atau Desktop saya ke Johor. Terpaksa disimpan di Bangi. Kurang ruang untuk meletakkannya. Ini juga bermaksud, kebarangkalian saya untuk online akan berkurang. Rancangan saya untuk sentiasa update blog ini berkecai. Saya terpaksa pergi ke cybercafe ataupun meminjam laptop roomate nanti.

Harapan

Apapun, saya akan cuba istiqomah dalam setiap pekerjaan. Bukankah sedikit dan berterusan lebih baik daripada banyak sekaligus kemudian lama meninggalkannya? InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengalaman dari pengamatan di RahsiaFarmasi.com. Teruskan membaca entri terbaru saya selepas ini. Mungkin saya akan bercerita tentang pengalaman bekerja di satelit farmasi HSI ini. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Facebook comments:

18 Responses to “Lapor Diri Pegawai Farmasi (PRP)”

  • avatar ateeqa Y.:

    all the best syahrir….
    im also in process nak adapt diri kat tempat yg asing ni..sorang2 plak tu..hehe…

    ok kawan2….semoga dipermudahkan semuanya..hope setahun ni tak terasa terlalu lama..:))

  • avatar Syafiq:

    Salam..good luck utk PRP ni..
    aku jgk akn menyusul maybe next month..huhu..
    nk tanye sket,dpt kt johor ni ad dlm pilihan mase isi borg SPA dulu ke??

  • avatar Syafiq:

    Salam..nk tanye lg bole..
    dulu mase wt medical check up,mmg kne wt kt klinik kerajaan ke?
    kt klinik swasta xbole ke?

  • avatar Syafiq:

    1) mase lapor diri,die ad bgtau x nk kne bg bank ape utk gaji?
    2) dpt kt HSI tu ko yg mintak ke die yg ske ati letak sape2 kt situ?
    3) ko call kkm mase bape hari b4 lapor diri? aku dapat surat SPA,die soh lapor diri b4 28hb 7 ni..

    • oh, rupanya ini syafiq lain… ku ingatkan syafiq kawanku di uia…haha…
      utk soalan yg med checkup, rasanya boleh guna klinik swasta…
      pastu, klu klinik kesihatan kerajaan pun, last sekali kita akan dapat skeping kertas je. Ada sain doktor, no. x-ray dan result urine test. Mcm aku, HSI ok je dengan sekeping kertas ni. Ada kawan kat hosp tawau lak, admin hosp dia tak nak terima. dia nak tgok gak borang med checkup yg byk2 tu. tp, kawan ak kata la klinik kesihatan kerajaan tu yg tak bagi balik. so, hosp tawau suh dia buat semula.

      utk 3 soalan tu, ni jawapannya:

      1. utk HSI, tak kisah bank apa. ak pilih maybank. sbb byk cawangan. tanya senior prp gak. dia kata selain maybank, cimb pun byk cwangannya. bank islam je tak byk. so, klu guna bank islam, jauh sikit la nak pergi klu nak buat urusan.

      2. Pilihan HSI atas budi bicara bos kat bhgn farmasi negeri johor ni. Masa lapor diri, kami ada meeting dengan beliau. Tengok kekosongan gak la. Kalau alasan kukuh, boleh la dapat. Alasan aku, nak balik bangi senang nak dapat bas kat johor bahru kalau banding dengan batu pahat.

      3. Tak ingat call bila. Tapi agak awal gak la. Try je call bila2 masa yang sesuai. Maksudnya ofis hour la. Pastu, amalkan percakapan berhemah. Penuh dengan adab sopan. Haha. Try to be professional. Klu cakap baik2, insyaAllah diorang tak marah nye. Memang hak kita pun nak tau apa yang menjadi persoalan. Customer is always right. Kata omputih la. Tapi, customer pun mesti kena tau hak orang lain. Jangan tau nak menengking je. Hati orang kena jaga.

      Kesimpulannya: Buatlah apa yang dirasakan perlu. Tapi mesti bersedia dengan reasonnya. Kalau tak ditanya masa kat dunia, kat akhirat pasti sekali. =)

  • avatar Syafiq:

    Blum lg..kelmarin aku call kkm,dorg ckp insyaAllah lapor diri prtghn bln 8 ni..
    xtau lg dpt kt ne..dorg soh tgu surat..
    white coat kne pkai white coat sndri yg mase kt U ke?
    FRP ad byk tanye2 x?huhu

  • camtu lak…
    tapi dah tau negeri mana kan?
    dapat negeri mana ko?
    a’ah, white coat sendiri. yang guna kat u dulu.
    FRP ni macam2. ak dapat yang dia byk ajar aku.
    tapi kena buat kerja cepat2 la. klu lambat dia marah.

  • avatar P-eE:

    salam..bro nk tanye sket bleh..die ade bg tempoh mase x utk lapor diri kat hosptl 2 lps kte lapor diri ngan JKN?.. yela..klau dpt yg jaoh2 nk kne crk umah sewa sumekn..

    • wsalam
      tak sure. dulu kat JKN tak tanya. Kat bahagian farmasi pun tak tnya.
      should be can la. kena rajin mulut tnya. rasanya org bahagian yang bertanggungjawab.
      kat MSC Cyberport tu. Dulu ada dgr org kata dia tangguh pas lapor diri kat bahagian. tapi tak tanya detail lak

  • avatar Zarifah:

    Nak tanya sikit… Tunggu posting berapa lama eh? Dah tunggu nak dekat setengah tahun ni. Ada tips utk cepatkan proses posting? Bila call KKM, dia suruh sabar je. Dahl lama sangat ni. Thank you in advance.

  • avatar Intan:

    salam. nk tnye, masa awk nak daftar sebagai pegawai farmasi, awk kene buat medical check up kan? Sy nak tanye, kat mane nk dptkan borang medical checkup tu?
    nk download kt mn?
    thanks.

  • avatar mohd:

    salam, nak tanya.mcm mane saudara tahu psl posting from kkm?contact kkm sendiri OR kkm akan call/email kita?tq

Leave a Reply

Langgan Entri Melalui Emel

Masukkan emel anda di bawah untuk dapatkan update blog ini secara PERCUMA. Automatik ke dalam inbox emel anda!:

Delivered by FeedBurner

Facebook Fanpage
Entri Menarik
Tanda Sokongan
PRP Satu Malaysia
Hosting Yang Saya Gunakan
Panduan Teknikal Buat Blog Saya
Komuniti
Stat Counter