Methadone dalam Harian Metro

Kalau anda baca Harian Metro hari ini, anda akan terbaca muka surat ini.

Artikel tentang Sirap Methadone.

Sirap ini diberikan kepada penagih dadah yang sudah insaf.

Untuk menghilangkan kesan ketagihan dadah.

Jika tiada rawatan gantian methadone, mungkin mereka boleh jatuh semula untuk terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

 

Untuk pengetahuan, pendispensan Methadone adalah antara tanggungjawab pegawai farmasi di KKM.

Sama ada di hospital ataupun di klinik kesihatan yang terpilih.

Bagi negeri Selangor, boleh lihat senarai hospital dan klinik kesihatan tersebut di sini.

Kalau anda dapat baca artikel dalam harian metro tersebut, ada disebutkan yang kajian tentang methadone ini masih kurang.

Boleh lihat zoom in kat bawah ni:-

Jadi, InsyaAllah, untuk entri2 yg akan datang,

saya berhasrat untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang isu methadone ini.

Dari sudut pandang farmasi.

Juga akan menyentuh polisi dan isu yang berkaitan.

Moga dapat diteruskan perkongsian ilmu ini.

Share

Cara nak tau status pendaftaran produk (acai berry)

Salah satu tugas penguatkuasa farmasi ialah mengadakan rampasan untuk produk farmaseutikal yang tidak berdaftar.

Sebelum itu, proses pendaftaran akan diuruskan oleh biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan (BPFK).

Banyak proses saringan akan dilalui oleh produk tersebut sebelum diluluskan untuk dipasarkan.

Sebabnya, tak nak membahayakan pengguna, kalau senang2 je biro lepaskan produk yang ada racun berjadual.

Contohnya, produk pelangsingan badan, macam acai berry.

Kat Malaysia, produk ni popular untuk menguruskan badan.

Memang berkesan, sebab ada letak ubat dalamnya, iaitu Sibutramine.

Tanpa pengawasan doktor, ubat ni boleh bawa banyak kesan sampingan.

Tak percaya boleh tengok sendiri kat website FDA ni –> link

kat blog2 tempatan pun ada cakap pasal rampasan produk acai beri ni

boleh tengok lagi blog tu kat link ni

 

kat bawah ni pula komen seorang pharmacist yang bekerja di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi, fakta ni, memang sahih lah….

 

Kenapa penting sangat ubat berdaftar ni?

Selain berbahaya untuk kesihatan, ubat tak berdaftar juga termasuk dalam satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a),

Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Macam mana nak tau status pendaftaran produk ni?

Inilah isi sebenar entri kali ni.

Nak ajar cara-cara semak status pendaftaran produk secara online.

Boleh rujuk langkah demi langkah dalam gambar kat bawah ni:


Share

Penguatkuasa Farmasi

Rasa terpanggil untuk bercerita sikit tentang kerja sebagai Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penguatkuasa Farmasi, atau lebih senang dipanggil Enforcement Pharmacist adalah salah satu tugas pegawai farmasi yang masyarakat tak tau….

Ini adalah salah satu cabang yang FRP boleh pilih setelah menamatkan PRP selama setahun.

Bagi FRP yang baru sahaja dilantik sebagai penguatkuasa farmasi, akan menyandang jawatan “Penolong Pengarah”

Salah satu kerja di sini ialah melakukan serbuan ke atas premis-premis yang memiliki dan menjual ubat yang tidak mengikut undang-undang.

Ubat-ubat tesebut termasuklah yang tidak berdaftar, tiruan dan mengandungi racun berjadual.

Ringkasan kerja serbuan ini boleh tengok lagi kat video bawah ni. Tugas lain sebagai Penguatkuasa Farmasi akan disambung dalam entri akan datang. Insya-Allah.

Klik link bawah ni untuk tonton video….

Rampasan terbesar penguatkuasa farmasi 2011

 

 

Share

Macamana boleh pharmacist lagi besar daripada doktor pakar?

PENDAHULUAN

Isu ni dah semakin hangat.

Ada pesakit tulis kat wall facebook dia,

statement yang tak sedap untuk dibaca.

Boleh tengok lagi kat link ni:

Print screen pun ada kat bawah ni:

[ Klik gambar untuk besarkan ]

Jadi, suka untuk saya mengulas setiap statement yang diberikan.
Secara professional, dengan fakta, bukan dengan emosi.
Ini hanya pendapat peribadi, boleh jadi betul, boleh jadi salah.
Komen dan pendapat amatlah dialu-alukan.

Statement: “Macamana boleh pharmacist lagi besar dari doktor pakar”

Ulasan:

- Memang doktor pakar lagi besar pangkatnya daripada pharmacist. Itu tak dinafikan. Namun, boleh jadi juga ada pharmacist yang saiz badannya lebih besar daripada doktor pakar. Itu tak payah cerita la….

- Jauh sekali ayat tu bermaksud tentang saiz badan. Makna ayat ini tentunya tentang pangkat, kuasa dan kedudukan. Tak dinafikan doktor pakar (specialist) lebih besar pangkatnya daripada pharmacist (U41, U44 etc).

Statement: “Doktor arahkan bagi ubat tertentu.Tetapi pharmacist refuse to give.”

Ulasan:

- Kadang-kadang ada doktor prescribe ubat yang mahal. Padahal ada lagi pilihan lain yang lebih murah. Ubat alternatif yang kesannya sama (bioequivalence). Sebab tulah pharmacist refuse to give. Pharmacist tau pasal ubat dari awal pembelian sampailah ubat tu sampai kepada pesakit. Pembelian ubat berdasarkan bajet kerajaan. Jadi, yang pening kepala ialah pharmacist di stor perubatan. Nak sesuaikan bajet yang ada dengan keperluan doktor. Setiap doktor ada prescribing pattern yang berlainan kat satu-satu hospital.

- Situasi lain, sebab pharmacist refuse to give ialah doktor yang salah tulis nama ubat. Ubat yang ditulis tu, tak ada pun dalam formulary hospital tu. Mungkin doktor tersalah eja. Mungkin juga doktor tak tau formulary terkini. Senarai ubat yang dibeli akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bergantung kepada bajet dan harga ubat tersebut, serta beberapa factor lain.

- Jadi, peranan pharmacist ialah counter check prescription, kemudian telefon balik doktor untuk confirmkan. Sebab tulah, kadang-kadang ada pesakit yang lambat dapat ubat di farmasi pesakit luar hospital kerajaan.

- Patient care ialah yang paling utama. Pharmacist takkan benarkan kesilapan doktor membahayakan pesakit dengan senang-senang bagi je bagi ubat ikut prescription yang salah.

Statement: “Dia cakap ubat tu mahal”

Ulasan:

- Jadi, kalau ikut komplen orang ni, isunya ialah ubat mahal. Berbalik kepada argument di atas. Penetapan ubat untuk setiap hospital adalah berbeza. Bergantung kepada bajet yang kerajaan bagi. Tengok pula kuantiti dan jenis ubat yang diperlukan. Setiap hospital ada keperluan yang berlainan.

- Pharmacist takkan senang-senang je pilih ubat mahal untuk dibeli dan disimpan di stor perubatan. Nanti ubat untuk penyakit lain tak dapat pula nak beli. Jadi, sebab tulah ada istilah generic drug. Inilah ubat yang bioequivalence. Namanya mungkin berbeza daripada original drug. Tapi kesannya sama. Boleh google lagi pasal bioequivalence study ni.

Statement: “Tiap2 bulan hadapi masaalah tersebut”

Ulasan:

- Nampaknya orang yang komplen ini ialah seorang pesakit yang perlu datang setiap bulan ke farmasi untuk ambil ubat follow up. Masalah ini mungkin kerana kurangnya komunikasi berkesan antara doktor, pesakit dan farmasis.

Doktor yang prescribe ubat itu perlu tau situasi sebenar, keperluan untuk tulis prescription yang sesuai berdasarkan senarai ubat yang ada di hospital berkenaan.

Pesakit pula perlu tau situasi sebenar, generic drug yang murah, tak bermakna tak berkesan macam original drug yang mahal.

Farmasis sendiri juga perlu tau situasi sebenar, komunikasi berkesan tak sampai, pesakit dan doktor tersebut masih tidak tahu.

Statement: “Sedarlah diri awak tu pemberi ubat saja dengarlah cakap Doktor Pakar”

Ulasan:

- Suasana sudah menjadi semakin tegang. Kata-kata kesat sudah mulai muncul. Namun, sebagai professional, kita tak perlu berkelakuan seperti budak-budak. Api tak boleh dibalas dengan api. Kata-kata hikmah dan sopan-santun lebih perlu diutamakan.

- Boleh sahaja kita balas balik. Nak attack peribadi ni senang je. Sebab tu, tengoklah suasana politik Malaysia. Tak pernah jemu dengan kutuk-mengutuk dan fitnah menfitnah. Kita tidak mahu suasana tersebut menjejaskan target utama kita, iaitu patient care.

- Mungkin, pesakit ini masih tidak tahu. Apa tugas sebenar pharmacist. Selain mencari dalam google, anda juga boleh baca entri-entri blog rahsia farmasi sebelum ini. Saya dah kongsikan banyak peranan ahli farmasi di hospital kerajaan.

Statement: “Janganlah sombong, ada orang yg tinggi dari awak”

Ulasan:

- Pernyataan kemuncak yang boleh memarakkan api kemarahan orang yang membacanya. Harus dijauhi pernyataan sebegini. Sebabnya, orang yang berkata “jangan sombong” kepada orang lain, seakan-akan sombong dengan dirinya sendiri yang dirasakan tidak sombong.

- Tak dinafikan, memang ada orang yg tinggi dari saya. Orang-orang barat saiznya lebih tinggi daripada orang-orang di Malaysia. Opps! Takkanlah dia cakap pasal ketinggian badan kan. Hehe…

- Namun, kalau nak difikirkan, memang kita perlu sentiasa ingat, kalau kita ni pandai, ada orang yang lebih pandai daripada kita. Kalau kita kuat, ada orang yang lebih kuat daripada kita. Itu mesti.

- Jadi, moralnya, untuk menegur perlulah gunakan bahasa yang lebih lembut. Agar hati manusia itu lebih tertarik dengan penegur. Barulah boleh berubah. Kita pendakwah (orang yang mengajak kepada kebaikan), bukan penghukum.

Statement: “Raayat didahulukan. 1Malaysia”

Ulasan:

- Kata-kata sinis yang bisa menghiris hati orang yang membacanya. Pesakit selalu akan berkata “Saya bayar cukai, saya perlu dapat layanan istimewa di hospital kerajaan. Duit banyak2 tu buat apa, makan sendiri ke?” Ini contoh sahaja. Banyak lagi kata-kata kesat yang pharmacist kena dengar. Tadah telinga jelah. Kalau nak lawan balik boleh je. Tapi, patient care lebih utama.

Firman Allah SWT dalan Surah Al-Furqan, ayat 63:

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

Juga dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 11:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Share

Gambar Algorithm untuk DRP Types tersebar

Selalu sangat orang sebarkan gambar-gambar sensasi.

Artis, politik dan fitnah….

Apa kata sebarkan ilmu pula.

.: kikikiki :.

Berguna juga untuk tahu jenis-jenis DRP (Drug Related Problem).

Yang biasa digunakan oleh ward / clinical pharmacist utk isi PCI (Pharmaceutical Care Issues).

Share

Critical Appraisal of a Pharmacoeconomics Paper

 

(Menggunakan bahasa melayu dan inggeris secara campuran utk lebih masuk dalam jiwa)

Introduction

Menggunakan evidence based medicine (EBM) dalam membuat keputusan sudah semakin mengambil tempat. Sekian banyak pharmacist di hospital yang melibatkan diri dalam critical appraisal of journal. Namun, masih kurang yang terlibat dengan journal yang berkaitan dengan pharmaeconomics study.

Jadi, pada kali ini saya akan bincangkan bagaimana membuat critical appraisal terhadap pharmacoeconomics paper dengan menggunakan Critical Appraisal Skills Programme (CASP). Boleh tengok detail soalan CASP di sini1.

Journal yang digunakan dalam perbincangan kali ini ialah daripada PLOS medicine. Impact factor journal ini amat tinggi, iaitu 13.05 (biasanya journal lain 1.0 hingga 4.0 je)2. Tajuk study yang digunakan kali ini pula ialah “Cost-Effectiveness Study of Three Antimalarial Drug Combinations in Tanzania”. Boleh download full text paper di sini3.

1. Soalan kajian

Soalan pertama utk appraise pharmacoeconomic paper ialah adakah soalan kajian itu diajukan dengan baik? Adakah jelas apa yang author study tu nak achieve?

2. Alternatif yang dibandingkan

Soalan kedua ialah adakah penerangan yang menyeluruh telah diberikan bagi alternatif yang dibandingkan? Boleh bagitau siapa yang buat apa kepada siapa, di mana dan berapa kerap?

3. Bukti keberkesanan program terbabit

Soalan ketiga ialah adakah paper tersebut menyediakan bukti yang program tersebut efektif? Adakah program tersebut memberi lebih keburukan daripada kebaikan? Consider jika RCT yang digunakan, jika tidak, consider kekuatan evidence yang diberikan.

4. Kos dan kesan yang relevan

Adakah semua kos (sumber) dan kesan yang relevan serta penting untuk setiap alternative dikenalpasti? Apakah perspektif yang digunakan? Adakah sumber dan kesan tersebut dikira secara tepat dalam unit yang sesuai sebelum evaluasi dijalankan? Adakah sumber dan kesan dinilai secara berkredibiliti? Adakah opportunity cost diambil kira?

5. Discounting

Adakah sumber yang digunakan dan kesan kesihatan disesuaikan untuk masa yang berbeza semasa ia berlaku? Jika lebih daripada setahun kajian tersebut dilakukan, perlukan discounting. Discount rate yang digunakan di Malaysia ialah 3% daripada present value. Jadi future value akan berkurangan 3% daripada present value.

6. Incremental analysis

Adakah incremental analysis untuk kos dan kesan alternative dibuat?

7. Sensitivity analysis

Adakah cukup analisis sensitivity dilakukan? Ambil kira jika aspek penting untuk ketidakpastian dimasukkan juga.

8. Result

Adakah persembahan dan perbincangan result memasukkan cukup isu yang diperlukan untuk memaklumkan org yang akan membuat keputusan?

9. Conclusion

Adakah kesimpulan evaluasi tersebut disahkan oleh bukti yang dipersembahkan?

10. Aplikasi

Bolehkah keputusan study ini diaplikasi kepada populasi tempatan? Ambilkira pesakit yang digunakan dalam study tersebut berkemungkinan berbeza untuk pesakit kita di tempat sendiri. Local setting mungkin berbeza dengan yang terdapat dalam study tersebut.

 

Rujukan

1.https://docs.google.com/viewer?url=http%3A%2F%2Fwww.sph.nhs.uk%2Fsph-files%2Fcasp-appraisal-tools%2FEconomic%2520Evaluations%252010%2520Questions.pdf

2. http://www.researchgate.net/journal/1549-1676_PLoS_Medicine

3. https://docs.google.com/viewer?url=http%3A%2F%2Fwww.ncbi.nlm.nih.gov%2Fpmc%2Farticles%2FPMC1592341%2Fpdf%2Fpmed.0030373.pdf

 

 

 

 

 

Share

10% daripada gaji bulanan akan ditolak untuk skim 1Care yang baru?

Latar Belakang

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata dalam satu sesi ucapannya, “sistem penjagaan kesihatan Malaysia akan berubah menjadi lebih cekap dan berkesan. Satu rencana terperinci sedang dijalankan untuk membangunkan 1Care untuk sistem kesihatan 1Malaysia” (thestaronline, 2010). Konsep ini dinamakan “1Care for 1Malaysia”.

      Berdasarkan satu dokumen yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, (Ministry of Health Malaysia, 2009) telah dinyatakan bahawa sasaran untuk 1Care adalah untuk:

  1. perlindungan universal dalam perkhidmatan kesihatan,
  2. sistem penyampaian penjagaan kesihatan bersepadu,
  3. penjagaan kesihatan yang mampan yang mampu dimiliki,
  4. akses dan pembiayaan saksama,
  5. hasil penjagaan kesihatan yang lebih baik, tinggi kualiti dan cekap,
  6. jaringan keselamatan yang berkesan,
  7. sistem penjagaan kesihatan responsif,
  8. kepuasan pelanggan,
  9. penjagaan peribadi dan
  10. untuk mengurangkan “brain drain” ataupun penghijrahan keluar golongan professional ke negara lain.

Pernyataan Masalah

Namun, perkara ini masih sekadar cadangan. Pengumuman yang dibuat terhenti tanpa ada penerangan jelas kepada masyarakat tentang ciri-ciri yang dicadangkan. Semua orang masih tertanya-tanya tentang perlaksanaannya yang menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.

Skim 1Care bertujuan menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk semua rakyat tanpa mengira kemampuan kewangan. Walau bagaimanapun, ia telah disalah anggap oleh beberapa pihak. Api kemarahan telah datang dari pelbagai kumpulan, terutamanya dalam media sosial dan blog (Wong, 2012).

Satu kumpulan Facebook, yang dipanggil “Tak Nak 1Care”, telah membuat pelbagai tuduhan tentang skim ini, termasuk bahawa;

  1. Skim ini akan memotong 10% daripada gaji bulanan seseorang individu untuk membiayai skim ini (EyesWideOpenclOvOb, 2012a),
  2. Hanya meliputi lawatan ke klinik General Practitioners (klinik swasta),
  3. Mengehadkan bilangan lawatan ke doktor untuk hanya enam kali sahaja setahun,
  4. Hanya boleh berjumpa doktor melalui temu janji,
  5. Membataskan untuk berjumpa satu doktor sahaja (doktor tersebut ditentukan oleh 1Care),
  6. Tiada ubat akan diberikan di klinik (pesakit perlu pergi ke farmasi untuk mendapatkannya)
  7. Hanya boleh berjumpa doktor untuk satu penyakit sahaja (masalah lain perlu buat temu janji lain)
  8. Kalau tak suka dengan cara ini, pesakit boleh berjumpa doktor pilihan sendiri dengan kos sendiri (kena bayar lain pula) (EyesWideOpenclOvOb, 2012b)

Kumpulan ini mengatakan semua tuduhan ini adalah berdasarkan fakta. Apa yang mereka kongsi bukanlah dipetik dari khabar angin, tetapi dipetik daripada Kertas Konsep 1Care Kementerian Kesihatan sendiri. Cadangan ini telah lama diluluskan dan Kementerian Kesihatan telah bergerak untuk membangunkan pelan induk pelaksanaan, menubuhkan Kumpulan Kerja Teknikal untuk mengumpul cukup “bukti untuk menyokong pembangunan rangka tindakan 1Care” (palmdoc, 2012).

 

Tindak Balas Kerajaan

Berikutan kontroversi ini, kerajaan telah membuat satu penerangan kepada masyarakat (Wong, 2012). Pada taklimat dua jam tersebut, Kementerian Kesihatan berusaha untuk meredakan kebimbangan dan menghilangkan spekulasi dengan mengatakan bahawa skim yang dicadangkan pada tahun 2009, masih di peringkat konsep.

 

            Timbalan Pengarah unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF), Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Rozita Halina Hussein berkata bahawa butir-butir skim ini masih sedang diusahakan oleh kumpulan kerja teknikal terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian, badan-badan profesional, dan pengamal perubatan.

“Kerajaan masih belum membuat sebarang kesimpulan, mahupun membuat sebarang keputusan, dan semua spekulasi mengenai skim ini masih hanya spekulasi,” katanya pada taklimat yang diadakan di ibu pejabat Kementerian di sini. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Hujah Balas

Berkenaan tuduhan yang dibuat oleh kumpulan Facebook tersebut, Rozita berkata angka-angka ini telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu. “Angka pengiraan tersebut hanyalah kiraan kasar yang kita lakukan apabila kita membuat kertas konsep 1Care,” katanya, sambil menambah bahawa sumbangan bulanan individu untuk skim ini masih belum ditetapkan lagi.

Rozita bagaimanapun berkata bahawa sumbangan tersebut akan datang daripada kerajaan dan majikan, yang akan dikumpulkan dalam dana di bawah cadangan Lembaga Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan (NHFA).

Mengenai lawatan pesakit ke doktor, kementerian menjelaskan secara rasmi bahawa tiada terdapat had. “Sebenarnya, enam adalah bilangan purata nasional; lawatan pesakit ke doktor dan ia telah dikira berdasarkan maklumat yang diperoleh,” kata Rozita.

Tambahan lagi, untuk angka 10%, beliau menjelaskan bahawa ia adalah anggaran kasar perbelanjaan penjagaan kesihatan purata nasional bagi setiap isi rumah. Beliau menyatakan dengan jelas bahawa angka-angka tersebut ialah anggaran awal, akan diperhalusi lagi apabila reka bentuk tertentu telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, mengikut kertas konsep asal yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan mengenai anggaran bagi pembiayaan untuk sistem disusun semula, dana sumbangan oleh majikan dan pekerja adalah satu ciri utama Insurans Kesihatan Sosial. Walau bagaimanapun, tidak ada standard emas yang diterima tentang bagaimana untuk membahagikan sumbangan untuk premium insurans.

2 pilihan telah dicadangkan. Untuk Opsyen 1, kira-kira 2.3% akan disumbangkan daripada kerajaan, 4.8% daripada pekerja dan 2.4% daripada pekerja yang bermaksud sumbangan 2/3 daripada majikan dan 1/3 daripada pekerja, manakala dalam  Opsyen 2, kerajaan akan menyumbang jumlah yang sama sebanyak 2.3% dan baki akan menjadi 50:50 sumbangan daripada majikan dan pekerja (Ministry of Health Malaysia, 2009).

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan di atas, ia masih dalam anggaran awal dan akan dikira semula untuk meneruskan perancangan bagi penyusunan semula.

Sementara itu, rakyat perlu mengetahui yang skim 1Care ini memberi lebih banyak manfaat kepada mereka, negara, majikan dan juga golongan professional yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.

Faedah kepada negara termasuk, mengukuhkan perpaduan nasional, memastikan jaringan keselamatan sosial untuk berpendapatan sederhana yang lebih rendah, mengurangkan kegunaan duit luar poket (out-of-pocket) untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, mensasarkan penjagaan kesihatan yang senang dicapai, hubungan-dengan dasar-dasar semasa kerajaan, mengandungi pertumbuhan pesat dalam kos penjagaan kesihatan, merangsang pasaran penjagaan kesihatan, mengambil kesempatan daripada liberalisasi dan pasaran penjagaan kesihatan global dan membantu untuk mengurangkan pergantungan kepada kerajaan (Ministry of Health Malaysia, 2009).

Kesimpulan

Kesimpulannya, tuduhan-tuduhan kumpulan Facebook tersebut ialah berdasarkan fakta yang masih dalam peringkat cadangan. Masih tiada kata putus lagi oleh kerajaan. Namun, kerana meluasnya publisiti dan promosi youtube yang dilakukan kumpulan Facebook terbabit, masyarakat mudah terpedaya. Dirasakan, kerajaan perlu mengambil langkah intensif seperti kumpulan terbabit. Media baru seperti facebook, blog dan youtube perlu dimanfaatkan untuk mendidik masyarakat. Fakta yang tepat perlu disebarkan dengan cara yang lebih moden.

Rujukan

EyesWideOpenclOvOb (Producer). (2012a). Ep1 – Tak Nak 1Care! Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=CJQpoLrjUm4&feature=player_embedded

EyesWideOpenclOvOb. (2012b). Ep.2 – Tak Nak 1CARE!  , from http://www.youtube.com/watch?v=fSMdQK_dnPk&feature=player_embedded

Ministry of Health Malaysia. (2009). CONCEPT PAPER – MINISTRY OF HEALTH – 1Care for 1Malaysia: RESTRUCTURING THE MALAYSIAN HEALTH SYSTEM.

palmdoc. (2012). 1Care Concept Paper presented to the PM and NEAC in 2009, from http://taknak1care.weebly.com/1care-documents.html

thestaronline (Producer). (2010, 24.5.2012). 1Care for 1Malaysia health system. Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=Y8boSYvamIk

Wong, P. (2012). Compulsory 1Care. The Sun Daily, from http://www.thesundaily.my/news/291121

 

 

Share

Generic Drug Issue

Pernyataan Masalah

Ini serius. Suratkhabar akhir-akhir ni dijadikan medan fitnah. Termasuklah juga isu yang berkaitan dengan farmasi. Kali ni ada golongan professional yang bagi kenyataan akhbar tanpa ada bukti yang kukuh. Senang-senang je kata ubat  generic tidak melalui ujian bioequivalence. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk mencari kebenaran. Melalui EBM iaitu evidence based medicine.

Pilot Study

Dalam entri kali ini, saya berpandukan satu pilot study. Dikatakan pilot study sebabnya berdasarkan study ni je, banyak lagi study2 lain yang boleh diambil. Orang kata ‘snow-balling’. Kalau tak silap la. Jadi, pilot study saya ialah satu kajian yang dijalankan oleh beberapa orang pensyarah dari USM (Chua, Hassali, Shafie, & Awaisu, 2010).

Penafian

Sebab ini adalah entri blog RahsiaFarmasi.com, jadi saya copy n paste je. Tak sempat nak paraphrase dulu. Kalau check untuk plagiarism memang tak lepas la. Jadi, saya nak tekankan sekali lagi, hujah dan ayat2 seterusnya di bawah ini ialah yg saya ambil bulat2 daripada pilot study yg disebut tadi. Just for the sake of spreading the information.

CARA KERAJAAN MENGAWAL BAJET NEGARA IALAH DENGAN UBAT GENERIC

With the global escalating healthcare cost, governments in many countries have adopted ongoing series of cost-containment attempts in an effort to spend their limited financial resources efficiently so that equitable access to healthcare can be provided. One of the many ways to control healthcare expenditure is to promote the use of cheaper   generic drugs instead of the more expensive branded equivalents (Kanavos, 2007; Karim, Pillai, Ziqubu-Page, Cassimjee, & Morar, 1996; King & Kanavos, 2002).

PENJIMATAN BAJET BERMANFAAT KEPADA PESAKIT LAIN YANG LEBIH MEMERLUKAN

Savings made by using   generic medicines allow more patients to be treated with the same amountofmoneyand mobilizes fund to finance other treatment modalities (Kanavos, 2007; Karim et al., 1996; King & Kanavos, 2002).

SYARAT UBAT UNTUK DIPASARKAN IALAH MESTI MELALUI DCA

In Malaysia, as in most countries, registration with the Drug Control Authority (DCA) is required before amedicine preparation can be introduced into the market (“Drug registration guidance document (Malaysia).”, 2009).

OPERASI HARIAN PENDAFTARAN PRODUK DIURUSKAN OLEH NPCB

The daily operations of product registration such as evaluation of technical data, laboratory tests and research are carried out by the National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) (“Drug registration guidance document (Malaysia).”, 2009).

KELULUSAN TERAKHIR OLEH DCA

When a product is deemed to have satisfied the NPCB requirements of quality, safety and efficacy, registration approval is granted by the DCA (“Drug registration guidance document (Malaysia).”, 2009).

DEFINISI UBAT GENERIC

By definition, a   generic drug is equivalent to its innovator drug in terms of active ingredients, dose, dosage form and bioequivalence (King & Kanavos, 2002).

RUPA-RUPANYA, KAT LUAR NEGARA PUN SAMA JE DENGAN MALAYSIA

Surprisingly, GPs who participated in this survey appeared to be largely unaware of the bioequivalence requirements for   generic medicines set by the Malaysia’s NPCB. This finding was similar to those reported from other countries where physicians had poor knowledge on the bioequivalence acceptability criteria for   generic medicines as set by their respective drug regulatory bodies (Banahan & Kolassa, 1997).

JADI, KEBENARANNYA…

In Malaysia, as in most countries, establishing bioequivalence between innovator drug and its   generic version is a fundamental step in the registration of   generic products. Demonstration of bioequivalence for   generic product has been implemented in stages for immediate release products since 1999. The acceptance range to show bioequivalence is when the 90% confidence intervals for the Cmax ratio and AUC ratio (  generic: innovator) fall within 80% and 125% (Malaysian guidelines for the conduct of bioavailability and bioequivalence studies, 2000). Implementation of bioequivalence requirement has led to an increase in the quality of   generic drug products manufactured in Malaysia.

KESIMPULAN YG DIBUAT OLEH PILOT STUDY NI

generic medicines are commonly prescribed by GPs in Malaysia. However, reservations still exist regarding the safety and efficacy of   generic medicines. In order to increase the quality use of medicines in Malaysia, GPs need to be educated and reassured about   generic products approval system with regards to bioequivalence, quality and safety. A systematic effort and policy should also be adopted to promote the practice of   generic prescribing and substitution in Malaysia. All these issues need to be addressed for the realization of the true benefit of   generic medicines as part of the country’s cost-containment strategy as well as the establishment of   generic medicines policy in Malaysia.

Bibliography

Banahan, B. F., 3rd, & Kolassa, E. M. (1997). A physician survey on   generic drugs and substitution of critical dose medications. [Research Support, Non-U.S. Gov't]. Arch Intern Med, 157(18), 2080-2088.

Chua, G. N., Hassali, M. A., Shafie, A. A., & Awaisu, A. (2010). A survey exploring knowledge and perceptions of general practitioners towards the use of   generic medicines in the northern state of Malaysia. Health Policy, 95(2-3), 229-235. doi: 10.1016/j.healthpol.2009.11.019

. Drug registration guidance document (Malaysia). (2009), from http://www.bpfk.gov.my/

Kanavos, P. (2007). Do   generics offer significant savings to the UK National Health Service? [Research Support, Non-U.S. Gov't]. Curr Med Res Opin, 23(1), 105-116. doi: 10.1185/030079907X159506

Karim, S. S., Pillai, G., Ziqubu-Page, T. T., Cassimjee, M. H., & Morar, M. S. (1996). Potential savings from   generic prescribing and   generic substitution in South Africa. [Research Support, Non-U.S. Gov't]. Health Policy Plan, 11(2), 198-205.

King, D. R., & Kanavos, P. (2002). Encouraging the use of   generic medicines: implications for transition economies. Croat Med J, 43(4), 462-469.

. Malaysian guidelines for the conduct of bioavailability and bioequivalence studies. (2000). Ministry of Health Malaysia.

 

 

Share

Tugas doctor vs tugas pharmacist

Pengenalan

Sebab ada orang yang masih tak jelas.

Saya nak jelaskan sikit hal ni kat sini.

Saya hanya sentuh sedikit sahaja.

Kalau ada tambahan lain, boleh lah sahabat2 lain komen kat post ni.

Tugas doctor

- segala yang berkaitan dengan penyakit

- diagnostic matter

- doktor periksa keadaan pesakit

- guna objektif dan subjektif data

- kemudian bagi diagnosis; penyakit apa untuk pesakit tersebut

- kemudian tetapkan ubat yang sesuai dengan diagnosis tersebut

- akhir sekali, tulis prescription, nyatakan ubat yang sesuai dengan diagnosis tersebut

 

Tugas pharmacist

- terima prescription daripada doktor

- periksa, sama ada prescription tu valid atau tak

- antara kriteria yang selalu terlepas pandang ialah cop dan sign doctor, detail ubat berkenaan

- klu ok baru teruskan, klu tak ok, kena delay, tunggu sampai ok

- bila dah screen prescription tu, baru filling

- pastu labelling dan counter check

- pastu dispense ubat tu sama ada OPD atau IPD

- hal2 yang berkaitan ubat selepas didispense pun kena ambil tau

- ada ADR ke tak, overdose, interaction

- klu TDM lagi la kena monitor keadaan patient bila dah bagi ubat tu

- pastu ada apa2 hal berbangkit, bagi recommendation kepada doctor

- terpulang kepada doctor nak terima nasihat atau tak

- tapi, klu terjadi apa2, pharmacist dah tak bertanggungjawab, sebab recommendation dah diberi

Kesimpulan

Pharmacist tak perlu ambil alih tugas doctor.

Macam tu juga sebaliknya.

Ambil darah patient, masukkan ryle’s tube… semua tu doctor yg buat.

Banyak lagi tugas pharmacist yang tak terbuat.

TPN, CDR, Purchasing…

Apa2 je hal berkaitan pesakit, soalan pertama kat dalam kepala pharmacist:

“Is it drug related?”

 

Sebab tu, tugas doctor, pharmacist hanya perlu tau serba sedikit.

Make it familiar.

Jadi boleh kaitkan sama ada satu2 event tu drug related or not.

Share

Fully Registered Pharmacist (FRP)

 

Introduction

Lama sudah tak update.

Sementara cuti Tahun Baru Cina ni, saya nak kongsikan sikit pasal FRP.

Certificate

Setelah setahun anda menjalani latihan sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP),

 

Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share
Langgan Entri Melalui Emel

Masukkan emel anda di bawah untuk dapatkan update blog ini secara PERCUMA. Automatik ke dalam inbox emel anda!:

Delivered by FeedBurner

Facebook Fanpage
Entri Menarik
Tanda Sokongan
PRP Satu Malaysia
Hosting Yang Saya Gunakan
Panduan Teknikal Buat Blog Saya
Komuniti
Stat Counter